Sebelum ini,saya dah kongsi artikel tentang Tips Untuk Banyakkan Susu Badan.Salah satunya mesti minum air dengan secukupnya .Kali ini saya nak kongsi pula tentang kepentingan air untuk sistem tubuh kita(60% daripada berat badan kita adalah terdiri dari air).Semua sudah maklum air penting untuk tubuh kita tapi tak ramai yang ambil kisah tentang cukup atau tidak air yang diminum seharian
Mengikut
kajian, seseorang individu perlu minum 3-4Liter air sehari.Banyak kan? sebab itu
kadangkala seseorang yang terlalu sibuk dengan pelbagai urusan selalu
terlupa/mengabaikan keperluan utama tubuh ini.
Kenapa
kita perlu minum banyak air?
Sebenarnya
badan kita mengeluarkan air sewaktu proses pernafasan,perkumuhan,pergerakan
usus dan perpeluhan.Oleh sebab itu air yang hilang ini perlu digantikan dengan
secukupnya.Kekurangan air dalam tubuh boleh menyebabkan dehidrasi.Sebab itu
orang yang kekurangan air selalu letih
dan lesu,kurang fokus dan mudah lupa.Selain itu,air kencing yang berwarna
kuning pekat juga adalah salah satu efek dari kurangnya air dalam badan.
Fungsi
air untuk badan
1.Air bertindak sebagai pelincir
Berfungsi
sebagai pelincir untuk sistem penghadaman dan sistem yang lain.contoh air liur
membantu proses mengunyah dan menelan makanan serta memastikan partikel makanan
dapat melepasi corong esofagus dengan lancar
2.Air mengawal suhu
badan
Suhu
badan dapat dikawal melalui sistem perpeluhan dari kelenjar peluh ke luar kulit
yang menyebabkan kesan sejuk ke atas tubuh
3.Air membuang toksin
yang terkumpul
Toksin
yang terkumpul dalam badan disingkirkan dengan pelbagai cara antaranya melalui
peluh dan air kencing,proses penyahtinjaan dan lain-lain.air yang cukup dalam
badan membantu memudahkan proses pembuangan toksin ini
4.Air membawa
nutrient penting
92%
komposisi darah terdiri daripada air dan fungsi darah adalah mengangkut
nutrient dan oksigen ke seluruh sel badan
5.Mengekalkan
keremajaan wajah
Seorang
professor perubatan di Universiti of
California,Howard,Murad menyatakan mengambil air dengan banyak seperti yang
disarankan boleh mencantikkan kulit dan menghilangkan kedutan wajah dengan
memberi kelembapan pada kulit.Jadi tidak hairanlah air adalah pelembap wajah
paling berkesan berbanding kosmetik yg mempunyai kesan sampingan
6.Air membantu
mengurangkan berat badan
Kajian
dari American Chemical Society melaporkan bahawa orang dewasa yang minum 2 gelas
air kosong sebelum sarapan,makan tengahari dan makan malam dapat mengurangkan
pengambilan 75-90 kalori dalam setiap hidangan
Semoga
perkongsian kepentingan air untuk sistem tubuh ini dapat memberi manfaat kepada
semua.nak awet muda?minumlah air secukupnya (^,^)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan