Ahad, 30 Jun 2013

Apa itu Pap Smear?

Apa itu Pap Smear

Kebanyakan wanita masih tidak mengetahui kepentingan melakukan ujian pap smear.apa itu Pap Smear? ia adalah ujian yang dijalankan untuk mengesan ketumbuhan kanser pangkal rahim.ujian ini dilakukan dengan mengambil sedikit tisu dari pangkal serviks dan kemudian tisu itu dihantar ke makmal untuk mengesan tisu-tisu yang abnormal dan berpotensi untuk menjadi kanser.biasanya sel serviks tidak berubah menjadi sel kanser dalam masa semalaman.sel yang normal akan mengalami beberapa perubahan dalam jangka masa tertentu sebelum menjadi sel kanser.


Bilakah wanita perlu menjalani ujian pap smear?

Setiap wanita patut menjalani ujian pap smear setelah berkahwin(mengamalkan seks) atau apabila mencapai umur 26 tahun hingga 70 tahun.

Berapa kali kekerapan harus menjalani ujian pap smear?

Pap smear boleh mengesan perubahan pada sel di peringkat awal sebelum ia berubah menjadi sel kanser.masa yang diambil bagi sel normal untuk menjadi sel kanser adalah di antara 2 hingga 10 tahun.oleh itu,sekiranya pap smear dilakukan setiap 3 tahun,peluang untuk mengesan sel-sel yang berpotensi menjadi sel kanser adalah cerah sebelum ia menjadi kanser serviks.rawatan di peringkat awal mempunyai peluang yang cerah untuk sembuh.

Apa yang perlu dilakukan sebelum menjalani ujian pap smear?

Ujian pap smear tidak boleh dijalankan semasa haid kerana sel yang diambil pada waktu ini biasanya tidak memadai dan kehadiran darah haid juga akan menyukarkan penilaian ke atas sampel yang diperolehi.ujian ini boleh dilakukan pada hari ke-7 hingga hari ke-10 kitaran haid.sebelum menjalani ujian perkara-perkara berikut perlu dielakkan:
1)melakukan seks
2)menyembur kawasan vagina
3)menggunakan tampon
4)menggunakan krim vagina

Apa yang perlu dilakukan semasa ujian pap smear?

1)anda akan diminta untuk berbaring di atas katil dengan lutut dinaikkan dan dibengkokkan(sama seperti ketika ingin melahirkan bayi)
2)speculum(muncung itik) sepanjang 4 inci akan dimasukkan ke dalam vagina untuk membolehkan ia terbuka
3)dengan pandangan selari,doctor akan memasukkan spatula kayu untuk mengambil sampel sel dari servik
4)sampel tersebut akan diletakkan atas slaid kaca,disembur dengan alcohol,dan seterusnya dihantar ke makmal untuk diperiksa ahli patologi

Keputusan ujian boleh diperoleh dalam masa seminggu.sekiranya keputusan abnormal,jururawat akan menghubungi anda dan meminta anda untuk datang semula untuk membuat ujian ulangan serta berunding dengan doctor.walaubagaimanapun keputusan yang abnormal tidak bererti anda menghidap kanser serviks sebaliknya,ia bererti anda memerlukan pemeriksaan lanjut.

Di mana boleh menjalani ujian pap smear?

Ujian pap smear boleh dijalani di klinik kesihatan kerajaan,pusat bersalin atau mana-mana klinik yang menawarkan ujian pap smear

Siapa yang berisiko untuk mendapat kanser serviks?

Wanita yang dijangkiti Human Papillomavirus di bahagian serviks mempunyai risiko tinggi untuk mendapat kanser serviks.penyakit ini biasanya menjangkiti mereka yang melakukan seks rambang.kanser serviks juga kerap menyerang wanita yang merokok.


Diharap perkongsian apa itu pap smear dapat memberi manfaat terutamanya untuk para wanita di luar sana.sesungguhnya mencegah itu lebih baik dari mengubati.lakukan ujian sebelum terlambat.selamat maju jaya!

2 ulasan:

PesonaMamaManja

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...