Seringkali kita mendengar tentang ‘spina bifida’ dan ‘anencephaly’ yang berlaku pada bayi akibat dari ibu yang kekurangan asid folik sewaktu kehamilan.Tahukah anda apa itu spina bifida dan anencephaly?
Pembentukan tiub neural berlaku dalam minggu-minggu awal kehamilan.tiub neural ini akan membentuk otak dan system saraf tunjang.keabnormalan pembentukan tiub neural boleh mengakibatkan kecacatan,jenis yang paling kerap adalah ‘spina bifida’ dan ‘anencephaly’ yang boleh menyebabkan kematian dan kecacatan kekal.
Spina Bifida |
Anencephaly |
Anencephaly pula berlaku apabila otak dan tengkorak kepala tidak membentuk normal.ini menyebabkan sebahagian otak dan tulang tengkorak tidak terbentuk.bayi dengan anencephaly lazimnya mati dalam kandungan atau sejurus selepas dilahirkan.
Bayi dengan kecacatan tiub neural boleh berlaku pada mana-mana wanita hamil.ia tidak dapat diramalkan.namun terdapat beberapa factor yang meningkatkan risiko wanita mengalami janin dengan kecacatan tiub neural iaitu:
1.kehamilan terdahulu dengan kecacatan tiub neural
2.kencing manis tanpa kawalan(ia juga boleh mengakibatkan kecacatan organ lain)
3.ubat-ubatan tertentu seperti ubat penyakit sawan/epilepsy
Oleh itu,untuk mencegah risiko terjadi kecacatan tiub neural,pengambilan asid folik sewaktu kehamilan atau lebih tepat lagi sewaktu merancang kehamilan tidak boleh dipandang remeh kerana ia boleh berlaku pada mana-mana wanita hamil tanpa dapat diramal.diharap perkongsian ini dapat memberi sedikit sebanyak pengetahuan tentang apa itu spina bifida dan anencephaly
p/s: agak-agak lepas ni ada tak yang nak 'skip' asid folik lagi?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan