Jumaat, 12 April 2013

Punca Dan Cara Mengatasi Jangkitan Saluran Kencing Ketika Hamil

Punca Dan Cara Mengatasi Jangkitan Saluran Kencing Ketika Hamil

Kali ini Pesona Mama Manja nak kongsikan punca dan cara mengatasi jangkitan saluran kencing ketika hamil.



Kerap membuang air kecil adalah rutin biasa bagi wanita hamil terutama pada tempoh trimester awal dan juga trimester akhir kehamilan.keadaan ini berlaku disebabkan oleh perubahan hormone ketika hamil dan juga disebabkan pembesaran janin.selain kerap kencing,satu daripada masalah ibu hamil ialah berisiko untuk mengalami jangkitan saluran kencing ‘urine infection’.ini disebabkan hormone dan pembesaran saluran uterus yang menyebabkan aliran air kencing menjadi perlahan dan ada kala berlaku masalah kencing tidak lawas.

Bagi membantu masalah ini,wanita hamil perlu lebih banyak minum air kosong dan tidak melengahkan masa apabila terasa ingin membuang air kecil.jika masalah jangkitan saluran kencing tidak dirawat,ia boleh merebak ke buah pinggang sekaligus merosakkannya.sekiranya anda mengalami kesakitan seperti rasa pedih dan perit ketika membuang air kecil,anda perlu mendapatkan rawatan segera sebelum ia merebak dan menjejaskan kesihatan sepanjang kehamilan.



Apakah puncanya?..

Saluran kencing merupakan system penapisan badan kita untuk membuang segala sisa cecair.air kencing bergerak dari buah pinggang melalui tiub kecil yang dipanggil ureter ke pundi kencing,di mana air kencing disimpan.air kencing akan keluar dari badan kita melalui saluran uretra.jangkitan saluran kencing merupakan keradangan saluran kencing.80% daripada kes-kes ini adalah disebabkan oleh kuman bacteria Escherichia Coli (E.Coli).

Bacteria ini boleh menyebabkan:
-jangkitan bahagian bawah saluran kencing atau jangkitan pada pundi kencing yang dipanggil ‘sistitis’
-jangkitan yang lebih serius ialah di bahagian atas saluran air kencing atau pada buah pinggang yang dipanggil ‘pielonefritis’
-keradangan uretra atau uretritis

Kaum wanita lebih mudah mendapat jangkitan kencing kerana saluran uretra mereka lebih pendek daripada lelaki,menjadikan bacteria lebih mudah merebak naik ke system saluran kencing.


Tanda Dan Gejala
-kerap terasa hendak membuang air kecil tetapi gagal untuk mengeluarkan air kencing yang banyak
-terasa sakit dan pedih ketika membuang air kecil
-air kencing mengandungi darah,berkabut,berbau busuk
-terasa tidak selesa di bahagian bawah abdomen
-terasa sakit ketika melakukan hubungan seks
-demam dan seram sejuk


Cara Mengatasi
-mendapatkan nasihat pakar kesihatan
-jika rasa gejalanya berlaku,minumlah lebih banyak air supaya anda dapat menyingkir keluar bacteria dari pundi kencing melalui pembuangan air kencing yang kerap
-elakkan dari mengambil alcohol,kafein,makanan berempah yang boleh mengganggu pundi kencing
-ambil ubat antibiotic seperti yang telah disarankan doctor dan perlu habiskannya
-larutkan satu sudu teh baking soda ke dalam air dan minum setiap 6jam untuk menawarkan asid dalam air kencing serta mengurangkan gangguan pada pundi kencing


Langkah Pencegahan
1).minum lebih banyak air

2).kepada mereka yang mudah terkena jangkitan kencing berulangkali,makanlah secawan dadih setiap hari kerana dadih mengandungi‘lactobacillus acidophilus’ yang dapat membentuk persekitaran berasid dan mencegah pembiakan bacteria yang tidak diperlukan.

3).jangan tahan jika ingin buang air kecil kerana ia menggalakkan pembiakan bacteria

4).wanita perlu mengamalkan kebersihan diri yang baik dengan mengelap dari depan ke belakang selepas ke tandas,untuk mengurangkan bacteria merebak dari kawasan dubur ke uretra

5).memakai pakaian dalam yang dibuat dari kapas,tidak ketat.seluar dalam ketat,jenis nilon menyerap haba dan kelembapan

6).buang air kecil sebelum dan selepas melakukan hubungan seks

7).mandi dari air pancuran,bukan dari kolam mandi

Diharap perkongsian punca dan cara mengatasi jangkitan saluran kencing ketika hamil dapat memberi manfaat untuk semua

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PesonaMamaManja

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...