Ramai
ibu-ibu sering mengeluh kerana kekurangan susu badan.setiap ibu semestinya
berhasrat untuk menyusukan anak mereka sehingga genap 2tahun tapi mungkin
disebabkan beberapa faktor susu menjadi kurang dan akhirnya bayi terpaksa
diberikan susu formula.Selain dari mengamalkan makanan tertentu(yang boleh
menambahkan susu badan),ibu juga perlu mengetahui beberapa perkara yang boleh
dilakukan untuk menambahkan susu badan.
Di sini Pesona Mama Manja nak kongsi serba sedikit tips tambahkan susu badan.baca sampai habis tau.
1.Menyusu Lebih Kerap
paling
penting anda mestilah menyusukan bayi anda dengan lebih kerap iaitu
sekurang-kurangnya nya setiap 3jam sekali atau jika tidak menyusu secara direct,pam
susu anda dan simpan dalam freezer.Jangan tunggu hingga payudara anda penuh
baru hendak menyusukan kerana beranggapan susu tiada jika payudara
‘kosong’.tanggapan ini salah sama sekali kerana menurut kajian tahap lemak yang
terkandung dalam susu adalah tinggi jika tempoh antara satu waktu penyusuan
dengan waktu penyusuan yang lain singkat.jadi untuk memastikan bayi anda
mendapat susu yang tinggi kandungan lemak(penting untuk tumbesaran) kerapkanlah
menyusu anak anda.
2.Menyusukan Lebih Lama
susukan
bayi anda lebih lama atau mengikut keperluan bayi sehingga kenyang.Anda tidak
perlu risau susu akan kurang kerana rangsangan dari bayi anda adalah penting
untuk penghasilan susu dalam payudara.semakin banyak bayi anda menghisap,maka
payudara akan menghasilkan lebih banyak susu
3.Tidak Stress Semasa Menyusu
elakkan
dari stress semasa menyusu kerana ini boleh mengurangkan penghasilan susu.Untuk
elak stress ketika menyusu,fikirkan tentang bayi anda,belai anak anda dengan
penuh kasih sayang.Apabila anda berada dalam keadaan tenang,hormone prolaktin yang
berfungsi untuk penghasilan susu dapat berfungsi dengan sempurna dan seterusnya
menghasilkan lebih banyak susu
4.Menyusu Waktu Malam
penyusuan
di waktu malam selalunya lebih rileks dan dalam keadaan tenang dan secara tidak
langsung menghasilkan lebih banyak susu.Jadikan waktu ini untuk anda
mengeratkan hubungan kasih sayang dengan anak anda
5.Minum Lebih Banyak Air
ibu
menyusu memerlukan purata sebanyak 3-4Liter air sehari.Jadi pastikan anda minum
air secukupnya untuk menghasilkan susu lebih banyak
6.Doa dan Zikir
setelah
berusaha sedaya upaya,jangan lupa banyakkan doa dan zikir kepada Allah s.w.t
kerana Dialah yang Maha Memberi Rezeki.Semoga usaha dan hajat kita diperkenan
olehNya.
Diharap
perkongsian tips tambahkan susu badan ini dapat memberi manfaat khususnya untuk
ibu menyusu.
Jika
usaha masih tidak membuahkan hasil,anda mungkin boleh cuba vitamin dan suplemen
untuk tambahkan pengeluaran susu badan.InsyAllah,ia mungkin berkesan untuk anda.yang
penting usaha tak putus dan sentiasa tawakkal.nak tahu lebih lanjut dan ingin dapatkan set penyusuan yang sesuai untuk anda?jom klik sini.harga dijamin mampu milik!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan