Isnin, 21 Oktober 2013

Boleh Ke Ibu Hamil Minum Nescafe?

Boleh Ke Ibu Hamil Minum Nescafe?

Ramai yang masih keliru tentang pengambilan kafein sepanjang waktu kehamilan. Bagi mereka yang ketagih teh, kopi,Nescafe & minuman bergas, tentu akan berasa sukar untuk meninggalkan minuman ini.

Ada yang mengatakan minuman itu boleh diambil sepanjang kehamilan, tetapi memadai satu cawan sehari. Ada kajian yang mengatakan mereka yang kerap mengambil kafein sehingga melebihi 300mg sehari, mempunyai risiko mengalami keguguran, kemungkinan lahir tidak cukup bulan atau bayi mengalami masalah kurang berat badan.

Antara sebab mengapa ibu hamil perlu menghindari minuman yang mengandungi kafein adalah:
1) kafein akan meningkatkan degupan jantung serta metabolisma
2) sukar tidur
3) akan sentiasa berasa cemas
4) sakit kepala
5) pedih ulu hati
6) kafein yg bersifat diuretic akan menyebabkan anda lebih kerap membuang air kecil
7) ibu akan kehilangan kalsium
8) kafein yang berlebihan akan menyebabkan tubuh sukar menyerap zat besi. (zat besi amat diperlukan semasa kehamilan)

Perkara di atas amat jelas bagi mereka yang mengambil kafein dalam jumlah berlebihan. Selain teh,kopi dan minuman bergas, kafein juga boleh didapati dalam coklat, juga beberapa jenis ubat sakit kepala, ubat selsema dan alergi.

Tentu sekali makanan ini tidak mempunyai khasiat yang baik bagi ibu hamil. Elakkan mengambil minuman berkafein & berubahlah kepada minuman seperti air suam, susu & jus buah-buahan, kerana minuman sebegini amat berkhasiat untuk ibu & bayi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PesonaMamaManja

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...