Ahad, 28 April 2013

Panduan Mendidik Anak Menurut Islam



Panduan Mendidik Anak Menurut Islam

Sebagai ibu bapa kita perlu mengetahui cara yang betul dalam soal mendidik anak-anak dari kecil hingga dewasa.Ini kerana ilmu mendidik anak-anak sangat penting dalam dunia yang moden dan mencabar seperti zaman sekarang.Islam sendiri telah menggariskan 4 tahap utama dalam mendidik anak-anak.kali ini Pesona Mama Manja nak kongsikan panduan mendidik anak menurut islam.

Menurut ulama Islam, terdapat 4 tahap dalam mendidik anak-anak:


-Tahap Pertama
Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (6 tahun).
Hendaklah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang seperti mana haiwan menjaga anaknya.

-Tahap Kedua
Anak berumur 7 tahun hingga baligh (14 tahun)
Hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, disiplin dan beri tanggungjawab.

-Tahap Ketiga
Anak berumur 15 tahun hingga dewasa (21 tahun)
Hendaklah kita mendidik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi yang tidak bertentangan dengan syariat Islam.

-Tahap Keempat
Anak berumur lebih daripada 21 tahun
Hendaklah para ibu bapa memberi mereka kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat Islam. Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakan mereka terkawal.

Anak-anak ibarat kain putih,kita sebagai ibu bapalah yang berperanan mencorakkannya.Marilah kita sama-sama menjadi ibu bapa yang terbaik dalam mendidik anak-anak kita.

Semoga perkongsian panduan mendidik anak menurut islam ini dapat memberi manfaat kepada semua khasnya buat ibu bapa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PesonaMamaManja

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...