Anda percaya tak penyusuan susu ibu boleh membakar 500
kalori sehari?
Sememangnya ia adalah fakta! Dan pastinya anda akan cepat
mendapat balik bentuk badan asal.bukankah ini menjadi impian setiap wanita selepas
bersalin? Pastinya para ibu yang telah mengamalkan penyusuan susu ibu secara
eksklusif ‘tersenyum’ bila membaca fakta ini kan (^,^)
Antara lagi faedah daripada penyusuan susu ibu ;
✿Membolehkan rahim anda cepat
kembali ke saiz normal,membantu anda pulih dengan cepat & mengurangkan
pendarahan
✿Membentuk perasaan keibuan
yang positif dan menjalin hubungan fizikal yang rapat antara anda dan bayi
✿Mengurangkan risiko anda
mendapat kanser payudara post-menopaus,rahim dan ovary serta osteoporosis dan
penyakit jantung
✿Melambatkan ovulasi dan
haid,membolehkan anda menjarakkan kehamilan serta memberi peluang tubuh anda
menambah bekalan zat besi
✿Mudah,bersih dan susu
sentiasa pada suhu yang sesuai
✿Tidak seperti susu
formula,susu ibu adalah percuma!
Nak bakar 500 kalori sehari? Jom ibu-ibu,bersama amalkan
penyusuan susu ibu sepenuhnya untuk baby tersayang.insyaAllah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan