Selasa, 19 Ogos 2014
Susu Ibu: Makanan Awal Bayi Yang Terbaik!
Alam semulajadi telah menyediakan makanan yang terbaik bagi bayi anda; susu yang dihasilkan anda sendiri iaitu susu ibu.Susu ibu ialah makanan berkhasiat paling lengkap yang boleh anda berikan kepada bayi.
Apa itu Kolostrum?
Ibu-ibu atau bakal ibu sekalian mesti pernah dengar tentang kolostrum kan?
Ia dihasilkan oleh payudara anda pada bulan ketujuh kehamilan dan seterusnya beberapa hari selepas kelahiran,dikenali sebagai makanan yang paling sempurna untuk bayi
Beberapa contoh bahan-bahan pelindung di dalam susu ibu
1.Antibodi - bahan melawan jangkitan
2.Sel darah putih - membunuh kuman
3.Faktor Bifidus - menggalakkan pembiakan kuman 'baik' di dalam usus bayi,oleh itu dapat menghalang pertumbuhan kuman yang menyebabkan jangkitan.
4.Protein-protein penambat - terikat pada nutrien-nutrien penting,mencegah ia daripada digunakan untuk pembiakan oleh kuman yang menyebabkan jangkitan
5.Faktor pertumbuhan epidermal - membantu pertumbuhan dinding-dinding sel di dalam usus bayi,mencegah bahan berbahaya daripada masuk ke dalam saluran darah
Susu ibu juga mengandungi kesemua nutrien utama yang diperlukan oleh bayi anda untuk tumbesaran dan untuk perkembangannya;
1.Protein - protein dalam susu ibu mudah dihadam(tidak seperti dalam susu formula) dan tidak menyebabkan intolerans atau alahan
2.Lemak - susu ibu mengandungi sejenis enzim dipanggil 'lipase' yang membantu bayi menghadam lemak dengan lebih baik
3.Karbohidrat - laktosa,karbohidrat utama dalam susu ibu,membantu penyerapan kalsium,membekalkan tenaga untuk tumbesaran otak dan mencegah pembiakan bakteria berbahaya di dalam usus bayi
4.Zat Besi - mengurangkan risiko anemia 6-8bulan pertama selepas kelahiran;susu ibu mengandungi bahan istimewa yang membantu meningkatkan penyerapan zat besi
Oleh itu,patutkah susu ibu dibazirkan jika ia boleh memberi pelbagai kebaikan kepada bayi kesayangan anda?
untuk ibu-ibu yang sedang hamil,mahupun yang sedang menyusui,jom tanamkan azam dan kuatkan tekad untuk menyusukan bayi anda hingga cukup 2tahun.insyAllah...
terpulang pada diri masing-masing untuk praktikkan kaedah tradisional mahupun mengambil supplemen untuk pastikan susu tidak kering.jika berhasrat untuk cuba supplemen,saya boleh bantu anda dengan Set Penyusuan Shaklee.nak yang 'complete set' boleh atau yang lebih 'bajet' pun ada.konsultasi percuma untuk pelanggan pesonamamamanja.blogspot.com
Sunita Hamid
SID 891333
017-5501002
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan