Kerap kali kita dengar,bayi selepas dilahirkan mengalami Jaundis atau dengan kata lain ‘Demam Kuning’.tahukah anda Apa Itu Jaundis dan mengapa ia berlaku di kalangan bayi yang baru dilahirkan? Kali ini Pesona Mama Manja nak kongsikan serba sedikit info berkaitan Jaundis.
Jaundis berlaku apabila bilirubin iaitu
pigmen yang berwarna kuning berkumpul di bawah kulit.Kadarnya yang tinggi menyebabkan kulit kelihatan
kekuningan. Apabila sel darah merah dileraikan, ia menghasilkan bilirubin. Semua darah mengandungi bilirubin dan kebiasaannya akan
diproses oleh hati dan disingkir melalui pembuangan najis dan air kencing.
Ketika bayi dalam kandungan ibu, proses ini dilakukan oleh hati ibu. Jadi apabila berada diluar, proses ini mula dilakukan oleh hatinya sendiri. Hati bayi yang belum matang mungkin tidak mampu memproses dan membuang bilirubin dengan pantas sepenuhnya beberapa hari selepas dilahirkan. Ini menyebabkan jaundis terjadi.
Jaundis biasanya berlaku dari hari pertama hingga hari ke 4 kelahiran mengikut jenis jaundis. Kadarnya akan meningkat sehingga 12mg/dl dan boleh meningkat sehingga 15mg/dl. Jika ia meningkat sehingga 20mg/dl maka,perlu pengawasan yang rapi dari doktor.
Antara faktor yang menyebabkan bayi mengalami risiko Jaundis :
1.Bayi lahir pra matang
2.Darah ibu dan bayi yang berlainan.
3.Mempunyai adik beradik yang menghidap jaundis
4.Mempunyai kesan lebam ketika lahir (sel-sel darah merah ini adalah sebahagian dari lebam yang diuraikan dan menjadi bilirubin sebahagian kumuhan)
5.Etnik Asia
6.Penggunaan oxytocin ketika proses kelahiran

Ubat paling mujarab untuk mengurangkan jaundis ialah SUSU IBU.oleh itu,jika bayi anda mengalami Jaundis yang tinggi,paling penting jangan 'skip' menyusu bayi anda di samping mengamalkan beberapa petua lain.
*Jika anda mengalami masalah dalam pengeluaran susu,klik>> Set Penyusuan >>untuk berikan hanya susu ibu,makanan yang terbaik untuk bayi anda!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan