Jumaat, 23 Ogos 2013

Cara Mengatasi ‘Morning Sickness’ Semasa Hamil

Cara Mengatasi Morning Sickness Semasa Hamil

‘Morning Sickness’ atau mabuk,loya dan muntah adalah perkara biasa dialami wanita hamil.kebiasaannya wanita hamil akan mengalaminya pada bila-bila masa,kebanyakkannya bermula seawal minggu ke-6 dan berakhir pada lewat minggu ke-16 tempoh kehamilan.namun ada juga wanita yang tidak mengalami ‘morning sickness’ langsung sepanjang kehamilan.semua bergantung pada hormon dalam badan masing-masing.kehadiran hormon dirembeskan dalam kuantiti yang banyak di awal kehamilan terutamanya hormon Hcg menjadi punca berlakunya muntah dan loya semasa hamil.

Di sini Pesona Mama Manja nak kongsikan beberapa Cara Mengatasi Morning Sickness Semasa Hamil:


Makan makanan ringan seperti biskut,roti atau apa sahaja makanan ringan kesukaan anda sejurus selepas bangun tidur.ini akan membantu menyerap asid perut dan membantu menyimpan tahap gula dalam darah daripada terlalu rendah
Makan makanan ringan setiap 2jam sepanjang hari untuk pastikan perut tidak kosong yang boleh mencetuskan loya
Makan makanan yang boleh mencegah muntah dan loya seperti yogurt,avocado,keju,susu,pasta,makanan berunsur protein dan lain-lain
Elakkan makan makanan yang boleh mencetuskan muntah sperti makanan berminyak,kafein,makanan manis seperti gula-gula,coklat,kek dan sebagainya
Elakkan minum banyak air sekaligus semasa makan
Sekiranya rasa loya,asam boleh membantu mengurangkan rasa loya
Minum air 10gelas sehari untuk gantikan bendalir badan yang hilang dan juga untuk elakkan sembelit
Legakan perut dengan makan makanan berhalia,hidu lemon atau minum jusnya(ini membantu meneutralkan asid yang terdapat dalam perut)
Jauhkan dari bauan yang tidak menyenangkan yang boleh menyebabkan muntah
Ambil vitamin/suplemen untuk pastikan dapat nutrient yang cukup sepanjang kehamilan(nak tahu vitamin yang TERBAIK? klik sini)
Tidur untuk mengelakkan keloyaan
Jangan lupa snek sebelum tidur! Ia merupakan salah satu cara untuk mengatasi loya
Pakai pakaian yang menyejukkan dan selesa.ini kerana perubahan hormone ibu hamil menyebabkan badan terasa panas dan boleh mencetus perut menjadi mual.elakkan juga pergi ke tempat yang hangat dan penuh sesak
Jika keadaan teruk dan tips-tips di atas tidak berkesan,boleh rujuk doktor anda untuk dapatkan pil mencegah muntah.atau jika ingin suplemen semulajadi yang boleh mengatasi mabuk,loya dan muntah boleh klik sini

Diharap perkongsian cara mengatasi morning sickness semasa hamil dapat memberi manfaat terutamanya buat ibu-ibu hamil.hargai saat-saat hamil sebagai satu anugerah yang tak ternilai walaupun kadangkala ia menyebabkan kita tak tertanggung sakit dan keletihan.Selamat Menjadi Ibu (^,^ )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PesonaMamaManja

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...