Kehidupan kanak-kanak yang semakin aktif dan mencabar sering mendedahkan mereka kepada pelbagai jenis penyakit tak terkecuali juga menyebabkan mereka terkena kecacingan.Kali ini Pesona Mama Manja nak kongsikan tanda-tanda anak mengalami kecacingan.jom baca ni..
*Sakit perut, cirit-birit, lemah badan, kembung
*Kegatalan terutama di kawasan punggung,lebih lagi pada waktu
malam
*Keluar
cacing dari lubang najis,atau nampak cacing pada najis
*Tiada selera makan, pucat, kurang berat badan walaupun
selera makan ada
*Batuk-batuk teruk yang berpanjangan, batuk berdarah, asthma
(cacing di paru-paru)
*Demam, ruam-ruam badan, alahan
*Kaki gatal, sakit dan ruam pada kaki, bengkak kaki (untuk
cacing kerawit)
Apa yang anda perlu buat :
1. Jumpa doktor untuk mengambil ubat cacing
2. Semua ahli keluarga juga harus memakan ubat cacing ini
termasuk ibu dan ayah
3. Potong kuku pendek
4. Basuh sayur-sayuran bersih, masak betul-betul terutama
daging
5. Pakai kasut atau selipar ketika keluar rumah
6. Sekiranya ada haiwan peliharaan seperti kucing, periksa
juga tapak kaki dan badan mereka
7. Amalkan membasuh tangan (anda dan anak anda), sebelum dan
selepas makan.
8. Juga cuci tangan dengan sebersih-bersihnya selepas
membuang air besar
9. Kerapkan membersih badan dan mencuci dubur untuk
menghilangkan telur cacing yang ada
Ada 2 jenis ubat cacing
1. Albendazole/ mebendazole
Ubat ini tidak diserap di dalam badan, jadi ia tinggal di
dalam usus besar dan kecil . Ia menghalang sistem kemasukan glukosa yang di
perlukan untuk tenaga oleh cacing. Oleh itu, cacing tidak dapat bergerak aktif
dan mati kemudiannya.
2. Pirantel Pamoate
Ubat ini juga tidak larut di dalam air. ubat ini akan
melumpuhkan otot cacing dan menyebabkan cacing-cacing tertanggal dari dinding
usus dan dikeluarkan bersama-sama dengan najis.
Semoga
dengan perkongsian tanada-tanda anak mengalami kecacingan ini dapat memberi manfaat
khasnya untuk para ibu bapa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan