Cahaya mata sememangnya rezeki yang ditentukan Tuhan ,namun setiap pasangan suami isteri haruslah berikhtiar untuk memperolehnya.Bagi pasangan yang masih belum dikurniakan zuriat dan inginkannya bolehlah praktikkan petua cepat hamil di bawah.
1.Ambil Makanan Seimbang
Keadaan
rahim perlu dipelihara secara optimum iaitu dengan perbanyakkan pengambilan
sayuran,buah-buahan dan air kosong secukupnya di samping untuk melancarkan proses
metabolisme dalam tubuh.Ambil asid folik selama 3 atau 4 bulan sebelum hamil
bagi mengurangkan risiko janin menderita gangguan saraf seperti spina bifida(sumbing
tulang belakang).Pola pemakanan yang sihat dengan gizi yang seimbang juga
membantu mengawal berat badan dalam kiraan normal
2.Tinggalkan Kebiasaan Buruk
Jauhi
dari merokok dan mengambil minuman beralkohol kerana bahan-bahan kimia di dalamnya
boleh mengganggu proses persenyawaan sel sperma dan sel telur
3.Suami Juga Perlu Sihat
Bagi
meningkatkan kualiti dan kuantiti sel-sel sperma,bakal ayah juga perlu
berada dalam kesihatan yang baik.Hindari dari memakai seluar dalam yang terlalu
ketat,kurangkan minuman berkafein dan berhentilah merokok!
4.Lakukan Senaman
Wanita
perlu mengawal berat badan untuk hamil kerana berat badan yang berlebihan akan
menyebabkan hormone estrogen berlebihan sehingga sukar untuk hamil.Bagi lelaki,
bersenam dapat membantu lelaki menghasilkan kualiti dan jumlah sperma yang baik
5.Periksa Waktu Subur
Salah
satu cara untuk mengira waktu subur ialah melalui kitaran haid.Namun, tidak
semua wanita mempunyai kitaran haid yang teratur.Lagi cara lain adalah menerusi
panduan calendar @ gunakan alat pengesan kesuburan yang boleh didapati di
pasaran
6.Bersama Sebelum Waktu Subur
Bila
dah tahu waktu subur,lakukanlah hubungan intim sebelum atau menjelang waktu
subur yang memberi kemungkinan besar sel-sel telur matang untuk disenyawakan .Ini
kerana ,sel-sel telur yang tidak disenyawakan dalam tempoh 24jam akan keluar
sebagai haid
7.Posisi Yang Tepat
Posisi
suami berada di atas ketika hubungan intim adalah pilihan tepat membolehkan
percantuman antara sel telur dan sel sperma untuk disenyawakan.Letakkan bantal
di bawah pinggul isteri untuk memudahkan nya bertahan dengan posisi tersebut
sekurang2nya selama 30minit
8.Tidak Stress
Terlalu
obsess untuk hamil kadangakala membuatkan keadaan diri lebih tertekan dan
mengganggu keseimbangan hormone.Keadaan sebeginilah yang menyebabkan proses
kehamilan sukar terjadi.Oleh itu,janganlah terlalu memaksa diri,tenangkan minda
dan teruskan hubungan intim dalam keadaan santai dan menenangkan jiwa kedua2
pihak.
9.Lakukan Pemeriksaan
Seeloknya
jika belum hamil selepas setahun berkahwin ,lakukanlah pemeriksaan untuk
mengetahui samada anda bebas dari sebarang jangkitan.Mintalah pandangan doktor
anda tentang sebarang suplemen atau vitamin yang boleh diambil untuk
meningkatkan peluang kehamilan
Semoga
dengan mempraktikkan petua cepat hamil yang disenaraikan ini boleh membantu anda untuk
hamil.Selamat Berjaya (^,^)
Sila
klik sini untuk lihat testimoni pengguna yang
berjaya hamil dengan produk Shaklee selain usaha dan tawakkal kepada
Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan