Membaca adalah jambatan ilmu.oleh itu,tabiat membaca harus dipupuk sejak dari kecil untuk membentuk anak-anak yang bijak dan cintakan ilmu.di sini PMM nak kongsikan tips galakkan anak membaca.semoga dapat dipraktikkan oleh ibu bapa untuk membentuk anak cinta pada buku.
✿ tetapkan masa bersama keluarga dengan berkunjung ke
perpustakaan atau kedai buku.biarkan anak-anak memilih buku mereka sendiri
✿ galakkan mereka membaca surat khabar dengan tujuan
membiasakan dengan bahan bercetak
✿ bagi golongan remaja lazimnya sudah mempunyai
kecenderungan masing-masing.jadi,sarankan mereka memilih bahan bacaan yang
berkaitan dengan hobi,sukan atau hiburan
✿ kaedah ini cukup praktikal untuk di amalkan.minta anak
anda menyiapkan esei atau karangan setiap hari.
✿ bermain dengan perkataan atau word game. Caranya, pilih
satu perkataan contohnya modenisasi atau modernization.dari situ cubalah cipta
perkataan – perkataan lain yang lebih kecil. Atau pilih saja permainan sahiba
atau scrabble
✿ menggalakan anak – anak melihat, menyentuh dan membuka
buku tanpa perlu membaca untuk membiasakan mereka dengan buku
✿ membiasakan anak –anak dengan buku seperti melanggan
majalah dan surat khabar atau menyediakan perpustakaan mini di rumah.
✿ bacakan buku kepada anak – anak anda sama ada sebelum
tidur atau sewaktu berehat .tidak perlu lama cukup sekadar 15minit. Ini kerana
kajian menunjukkan tabiat membaca yang
di baja sendiri oleh ibu bapa, impaknya lebih jelas.
praktikkan tips galakkan anak membaca untuk membentuk anak-anak cintakan ilmu
praktikkan tips galakkan anak membaca untuk membentuk anak-anak cintakan ilmu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan