Ramai ibu hamil mendapati terdapat banyak nasihat dan
maklumat tentang penyusuan susu ibu yang bercanggah.di sini dikongsikan
fakta-fakta dan merungkai salah tanggapan yang lazim untuk membantu anda
memahami dengan lebih baik mengenai penyusuan susu ibu.
Mitos 1: Merasa sakit semasa menyusukan bayi
☛Sesetengah wanita mengalami kesakitan dalam rahim semasa
mula menyusukan bayi.ia disebabkan oleh pengecutan rahim akibat daripada
tindakbalas hormone oksitosin.kesakitan ini akan hilang dalam masa 1-2 hari
Sakit pada payudara pula lazimnya disebabkan oleh
kedudukan ibu & bayi yang kurang sesuai semasa menyusu.begitu juga
kecederaan di puting.ini tidak akan berlaku jika anda menggunakan posisi yang
betul semasa menyusu
Mitos 2: Penyusuan susu ibu menyusahkan
☛Ini tidak benar.hakikatnya ,penyusuan susu ibu adalah
paling mudah kerana anda boleh terus menyusukan bayi tanpa perlu menyediakan
susu atau bimbang tentang bekalan.sesetengah ibu memerlukan masa & latihan
sebelum boleh menyusukan bayi dengan betul,tetapi selepas itu,mereka mendapati
penyusuan susu ibu mudah dan sungguh memuaskan
Mitos 3: Ibu yang melahirkan bayi secara pembedahan
Caesarian tidak boleh menyusukan bayi
☛Tidak benar.sememangnya Ibu yang melahirkan bayi secara
Caesarian tetap boleh menyusukan bayi jika tiada komplikasi
perubatan.bagaimanapun,ibu memerlukan sedikit bantuan untuk memposisikan bayi
Mitos 4: Tidak semua ibu boleh menghasilkan susu yang
cukup untuk bayi
☛Ini tidak benar.satu tanggapan lain yang salah ialah
wanita yang mempunyai payudara kecil tidak boleh menghasilkan susu yang
cukup.sebenarnya saiz payudara langsung tidak menjejaskan penghasilan susu!
Ramai ibu juga percaya oleh kerana bayi mereka kerap menyusu termasuk waktu
malam,susu mereka mungkin tidak mencukupi untuk bayi.sekali lagi ini adalah
tidak benar! Bayi menyusu kerap kerana dia sedang membesar dengan cepat dan
memerlukan banyak susu
Mitos 5: Penyusuan susu ibu menyebabkan payudara kendur
☛Ini juga tidak benar.bentuk payudara boleh dikekalkan
dengan memakai coli sesuai yang boleh menampung payudara dengan baik semasa
hamil dan menyusukan bayi