Khamis, 26 Disember 2013

Apa Itu SLE?

Apa Itu SLE

Sistemik Lupus Eritematosus (SLE), atau lupus, adalah penyakit kronik “autoimmune” di mana antibodi seseorang bertindakbalas dengan tisu badan seseorang pesakit itu sendiri. Ia terjadi akibat kecelaruan sistem ketahanan tubuh badan atau rangkaian sel dan organ yang bertindak melindungi badan daripada serangan bendasing.secara normalnya sistem ketahanan tubuh badan akan menghasilkan antibodi apabila ia mengesan mikroorganisma kuman yang masuk ke dalam tubuh.antibodi ini akan bertindak mempertahankan tubuh dari serangan jangkitan kuman tersebut.apa yang tidak normalnya iaitu bagi pesakit SLE ni,antibodi yang dihasilkan untuk melindungi tubuh badan ini sebaliknya menyerang sel-sel tubuh sendiri.

Ini menjejaskan beberapa bahagian sistem tubuh seperti kulit, sendi, buah pinggang, paru-paru, sistem saraf, atau organ-organ lain di dalam badan. “Lupus” berasal dari perkataan Latin bererti “serigala”. (Ini adalah kerana seorang doktor Perancis yang mula-mula merawat pesakit lupus mengibaratkan tompok-tompok kemerahan di muka pesakit sebagai gigitan serigala.)

Gejala yang biasa dialami oleh pesakit ialah radang kulit dan sakit sendi (arthritis), selalunya di iringi oleh keletihan dan demam. Penyakit SLE ada masanya tidak aktif, iaitu dapat dikawal (remission), dan ada masanya menjadi aktif (relapse).

Dianggarkan lebih kurang 90 % mereka yang mendapat SLE adalah kaum wanita, sementara 10 % yang lain merupakan kaum lelaki dan kanak-kanak. Bagi kaum wanita, SLE biasanya bermula semasa lingkungan umur boleh melahirkan anak, jarang sekali semasa kanak-kanak atau setelah putus haid.


Tanda-tanda penyakit SLE
-ruam merah pada kulit (discoid rash)
-ruam pipi (malar rash)
-luka  di sekitar mulut (oral ulcers)
-artritis (radang sendi)
-peka terhadap cahaya (photosensitivity)
-kelainan pada ginjal (renal disorder)
-kelainan fungsi saraf (neurologic disorder)
-kelainan darah (hematologic disorder)
-kelainan pada sistem imun tubuh (immunologic disorder)
-radang pada selaput sereus (serositis)
-demam, keletihan, dan penurunan berat badan
-sakit dan bengkak sendi (arthritis) selama beberapa minggu
-tompok-tompok merah menyerupai kupu-kupu di pipi dan hidung
-tompok-tompok merah di kawasan kulit yang terdedah kepada sinaran matahari
-ulser di mulut dan hidung berlarutan lebih sebulan
-rambut gugur secara bertompok-tompok atau di sekeliling (hair line)
-sawan, strok dan gangguan mental
-risiko untuk mendapat darah beku
-kerap keguguran bayi
-darah atau protin dalam air kencing menunjukkan gangguan sistem buah pinggang
-bilangan sel darah putih atau sel darah merah rendah.

Diharap perkongsian ini dapat memberi pendedahan serba sedikit tentang apa itu SLE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PesonaMamaManja

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...