Setiap ibu bapa mengimpikan anak-anak membesar menjadi cerdik dan bijak.ibu bapa lah yang paling berperanan penting dalam mendidik dan merangsang anak menjadi bijak.di sini dikongsikan 50 Tips Merangsang Anak Bijak untuk panduan para ibu bapa semua.Jom baca dan sama-sama manfaatkannya;
1. BERTENTANG MATA. Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam-dalam anak matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah di awal usia dan wajah anda adalah yang paling penting. Setiap kali dia merenung anda, dia sedang membina memorinya.
2. BERCAKAP-CAKAP DENGANNYA. Walaupun reaksi yang akan anda dapat adalah rupa keliru dan hairan di wajahnya, cuba berhenti sebentar di antara ayat untuk menggalakkan bayi memberi reaksi. Lama-kelamaan, dia akan dapat menangkap ritma perbualan dan mengisi ruang kosong yang anda biarkan senyap tadi.
3. JIKA BOLEH, SUSUKAN DENGAN SUSU BADAN. Lakukan selama
mana yang anda boleh. Tahukah anda bahawa kenyataannya adalah, kanak-kanak
bersekolah yang disusukan badan semasa bayi tinggi IQnya. Tambahan pula, dengan
menyusu badan anda dapat merapatkan hubungan dengan bayi sambil menyanyi, bercakap
atau membelai rambutnya.
4. JELIRKAN LIDAH. Kajian menunjukkan bahawa bayi yang
baru lahir semuda dua hari dapat meniru pergerakan wajah yang mudah – ia
menandakan kaedah penyelesaian masalah di awal usia.
5. HASILKAN BUKU BINATANG. Sekali sekala anda melawat zoo, ambillah gambar-gambar haiwan kesukaannya untuk dialbumkan. Kemudian, ‘bacalah’ buku itu bersama-sama sambil menamakan haiwan yang dikenali atau membuat bunyi-bunyi binatang dan cerita haiwan.
6. GELETEKLAH BAYI ANDA. Geletek
keseluruhan tubuhnya. Ketawa, merupakan langkah pertama dalam perkembangan
humour bayi. Permainan seperti ‘cak cekur’ dan ‘labah-labah panjat perigi’
dapat mengajar anak bagaimana hendak menjangka apa yang bakal berlaku.
7. TUNJUKKAN PERBEZAAN. Pegang dua keping gambar lebih kurang 8-12 inci jaraknya dari muka bayi anda. Gambar-gambar tersebut seharusnya lebih kurang sama tetapi ada sedikit perbezaan (mungkin salah satunya ada pokok dan satu lagi tiada). Bayi yang masih kecil pun boleh melihat kedua-duanya dengan teliti dan mencari perbezaannya. Ini dapat membantu perkembangan dalam pengecaman huruf dam pembacaan apabila dia besar kelak.
8. BERKONGSI PANDANGAN. Bawalah bayi anda berjalan-jalan dalam pendukung bayi yang boleh diikat ke badan anda dan beritahu semua perkara yang anda nampak kepadanya. “Tengok anak kucing tu” atau “Besarkan pokok ni!” atau “ Dengar tak bunyi bomba tu?” – untuk membekalkan bayi anda dengan sebanyak mungkin perbendaharaan kata.
9. NYANYIKAN LAGU UNTUKNYA. Belajarlah sebanyak mungkin lagu yang anda boleh atau rekalah lagu anda sendiri (“mari kita tukar lampin, tukar lampin, tukar lampin….”). Mainkan lagu Beethoven atau Beatles… Ada kajian yang mencadangkan bahawa mempelajari ritma muzik, ada kaitan dengan pembelajaran matematik.
10. GUNAKAN MASA MENUKAR LAMPIN SEPENUHNYA. Gunakan waktu
menukar lampin untuk mengajar bahagian-bahagian badan atau pakaian. Ceritakan
sambil menukar lampin untuk mengajar bayi menjangka rutin.
11. SENTUH DAN RASA. Simpan sekotak helaian kain dengan
tekstur yang berbeza-beza; sutera, kain tuala, kain kapas dan linen.
Perlahan-lahan sapukan kain-kain tersebut pada pipi, kaki dan perut bayi sambil
bercerita bagaimana rasanya.
12. PERGI MEMBELI-BELAH. Bila anda
perlukan rehat daripada menari dan menyanyi, lawatlah pasaraya. Wajah-wajah,
bunyi-bunyian dan warna-warna yang ada di sana menghiburkan bayi.
13. BERI KATA KUNCI. Jika anda berkata “Mak nak buka
lampu ni,” sebelum menekan suis, anda sedang mengajar sebab dan akibat.
14. BERI KEJUTAN. Kadangkala, gembirakan bayi dengan meniup
muka, tangan atau perutnya perlahan-lahan. Cuba tiup sambil membuat corak dan
lihat reaksinya.
15. SEDIAKAN BANYAK TISU. Jika bayi anda
suka main tisu, biarkan sahaja. Dengan hanya beberapa sen, anda mendapat alat
mainan deria yang boleh direnyuk dan digosok. Sorokkan mainan kecil di bawah
tisu dan biarkan dia mencari.
16. BACA BUKU. Berulangkali. Saintis telah
mendapati bahawa bayi semuda lapan bulan dapat belajar mengenali turutan dalam
cerita jika dibaca dua atau tiga kali berturutan – ia dipercayai membantunya
belajar bahasa.
17. MAIN CAK-CAK. Menyorok-nyorok bukan sahaja dapat
membuatkan dia ketawa. Bayi anda belajar bahawa objek boleh hilang dan muncul
kembali.
18. JANGAN LUPA REHAT. Luangkan masa beberapa minit sehari
dengan hanya duduk di atas lantai bersama bayi anda – tanpa muzik, tanpa cahaya
terang, tanpa mainan. Hanya biarkan anak meneroka dan lihatlah ke mana dia
membawa anda.
19. MAIN DENGAN WARNA. Pilih satu warna dan suruh anak
anda cari objek lain yang sama warna sewaktu anda berdua berjalan atau menaiki
kereta bersama. Kemudian, suruh pula anak memilih warna untuk anda pula
mencarinya.
20. BIARKAN DIA BERMAIN DENGAN MAKANANNYA.
Apabila anak sudah boleh makan, hidangkan makanan dengan tekstur yang berbeza –
termasuklah kacang pea dimasak, bijirin, pasta atau cebisan daging dikisar. Dia
dapat berlatih mencubit dan meneroka deria rasanya.
21. ANGKATKAN SAHAJA. Jika bayi anda asyik menjatuhkan
barang mainannya dari kerusi makannya yang tinggi, angkatkan dan beri kembali
kepadanya walau berapa kali pun dia melakukannya. Dia sebenarnya sedang belajar
dan menguji hukum graviti. Berikan dia beberapa keping kertas atau bola tennis,
letakkan besen besar di bawah kerusinya dan biarkan dia menjalankan
eksperimennya sendiri.
22. BIAR DIA MEMBEBEL. Bayi anda memahami suara tinggi dan
bunyian aneh yang anda buat.
23. LATIHAN MENEKA. Gunakan beberapa cawan plastik dan sorokkan satu permainan kecil di bawah salah satu cawan tersebut dan biarkan dia meneka sambil mencari mainannya.
24. BINA LALUAN HALANGAN. Tingkatkan
kemahiran motor dengan meletakkan kusyen sofa, bantal, kotak atau permainan di atas lantai dan kemudian tunjukkan kepada bayi bagaimana hendak merangkak di
bawah, di atas atau di sekeliling halangan tersebut.
25. IKUT RENTAKNYA. Semakin anak anda membesar, dia
semakin suka mencuba kreativitinya untuk melihat jika anda benar-benar mengikut
apa yang dia lakukan seperti membuat bunyi aneh, merangkak secara terbalik atau
ketawa.
26. BUAT MUKA LAWAK. Kembungkan pipi dan suruh anak
sentuh hidung anda. Bila dia sentuh sahaja, poof! Tiupkan ke mukanya. Suruh dia
tarik telinga anda dan jelirkan lidah. Buat bunyi yang pelik ketika dia
memegang kepala anda. Amalkan rutin yang sama tiga ke empat kali dan kemudian
tukar caranya untuk membiarkan anak kembali meneka.
27. RASA SEKELILING ANDA. Berjalan-jalanlah
di sekitar rumah dengan mendukung bayi. Letakkan tangannya pada tingkap, kain,
daun dan objek-objek selamat yang lain sambil me’label’ barangan tersebut.
28. CERITAKAN KISAH DONGENG.
Pilih kisah dongeng kegemarannya dan tukarkan nama watak utama ke nama anak
supaya dia seronok.
29. BAYANGAN WAJAH. Biarkan bayi anda merenung dirinya
di dalam cermin. Dia mungkin menyangka yang dia sedang memerhatikan budak comel
yang lain, tetapi dia akan menyukainya bila bayi “yang lagi satu” senyum dan
melambai padanya.
30. (KADANGKALA) BIARKAN DIA JADI BOS. Bina keyakinannya
dengan memberi peluang untuk dia memilih salah satu daripada dua pilihan:
mangkuk berlainan warna ketika waktu makan, contohnya. Dia akan tahu bahawa
keputusannya diambil kira – dan boleh berlatih menghafal nama warna.
31. GOYANGKAN BADAN. Ajar anak untuk menari twist dan
menjerit, mengepak seperti ayam atau berpusing seperti ballerina.
32. JADILAH TAMAN PERMAINAN. Berbaring di atas
lantai dan biarkan bayi anda memanjat dan merangkak di atas anda. Ia lebih
murah daripada membeli gymnasium mainan dan lebih menyeronokkan. Anda dapat
meningkatkan koordinasi dan kemahiran menyelesaikan masalahnya.
33. KIRA SEMUANYA. Kira berapa banyak blok kayu yang
boleh anak anda susunkan. Atau jumlah anak tangga dalam rumah anda. Atau jari
jemari tangan dan kakinya. Kira dengan kuat dan pasti dia akan mengikut anda.
34. GUNAKAN MASA BERCERITA SEPENUHNYA. Tunjukkan segala
gambar dengan terperinci, dan Tanya anak anda segala jenis soalan daripada
soalan abstrak (“adik rasa kenapa Pekan nak makan telur tembakul ibunya?”)
sehinggalah ke soalan konkrit (“Pernah tak adik nampak kucing putih?”)
35. TUTUP TV. Bayi anda memerlukan interaksi
secara berdepan dengan seseorang yang tidak dapat diberikan oleh rancangan TV,
walau sebaik manapun rancangan itu mengajarnya
36. TUKAR PEMANDANGAN. Tukar kedudukan kerusi makannya di
sebelah meja yang lain. Anda dapat mencabar memorinya untuk mengingat di mana
hidangan diletakkan setiap kali waktu makan.
37. MAIN PERMAINAN MEMORI WAJAH KELUARGA. Ambil gambar
wajah-wajah ahli keluarga yang penting dlam kehidupan bayi anda, buat dua
salinan bagi setiap satu gambar – dan anda sudah pun ada satu set kad suai
padan. Susunkan ia menghadap ke atas di atas lantai, dan bantu anak anda
mencari dua kad yang serupa. Semakin bayi anda membesar, anda boleh mengubah
cara bermain dengan menyusunnya menghadap ke bawah (menelangkupkannya)
38. RAKAM VIDEO UNTUKNYA. Tonton video bayi
anda mandi buat kali pertama, belajar merangkak, main dengan nenek dan datuk
bersama-sama dengannya. Ceritakan kisah video itu untuk mengasah kemahiran
berbahas dan memorinya.
39. MAIN HUJAN. Lompat ke dalam lopak air yang
besar. Duduk di atas rumput basah bersamanya. Walaupun kotor, ianya
menyeronokkan dan merupakan salah satu cara belajar tentang basah dan kering.
40. MENANGKAP SERANGGA. Tunjukkan gambar
serangga tidak berbahaya (kumbang ladybird, cengkerik, rama-rama) di dalam
majalah atau buku, kemudian pergi ke taman bunga untuk mencarinya.
41. BERGURAU-SENDA. Tunjukkan gambar Pak Cik Mat dan
katakan “Ini Ibu.” Kemudian akui kebodohan anda dan ketawakan ‘gurauan’ anda
itu untuk membina naluri humour dalam dirinya.
42. MAIN DENGAN PAKAIAN. Biarkan anak anda
bermain dengan pakaian lama ayahnya. Cari kembali topi-topi, skarf atau sarung
tangan lama. Main permainan olok-olok dan biarkan kreativiti dan imaginasinya
membawa anda.
43. AJAR TENTANG ISIPADU. Kumpulkan
cawan-cawan atau bekas plastik yang berbeza saiz, dan biarkan anak anda
memenuhkan air ke dalamnya. Kadangkala, dia akan hanya menuangkan sehingga
setengah penuh. Terangkan kepadanya cawan yang mana lebih besar dan yang mana
lebih kecil.
44. HASILKAN ALBUM KELUARGA. Masukkan gambar saudara mara jauh dan dekat, selalulah melihatnya untuk membina memori anak anda. Sewaktu neneknya menelefon, tunjukkan gambar nenek sewaktu anak bercakap dengannya di telefon.
45. SURUH ANAK MEMBUAT KERJA. Anak kecil boleh
membantu mengasingkan pakaian yang ingin dicuci mengikut warna. Dia juga boleh
mengasingkan bajunya di antara baju-baju lain.
46. PERGI KE PERPUSTAKAAN. Ambil peluang bila perpustakaan anda menganjurkan sesi bercerita atau tayangan teater boneka. Selain itu, barisan buku-buku juga pasti tidak menjemukan.
47. CONTOHI CARA SESAME STREET. Khaskan satu
minggu untuk satu abjad. Contohnya, baca buku yang bermula dari A, makan
makanan A, potong snek mengikut bentuk A, dan tulis huruf A di halaman luar
rumah dengan kapur.
48. MAIN BERULANG-ULANG. Cari semula
permainan lamanya sewaktu dia masih bayi. Anda pasti kagum dengan kebolehannya
mencari cara baru untuk bermain dengan permainan lamanya itu.
49. MAIN “TIRU-MENIRU”. Merangkak dengan kelajuan yang berbeza-beza supaya anak boleh meniru anda. Berhenti sekali-sekala untuk bermain permainan lain.
Nak anak cerdik & bijak? Jom sama-sama praktikkan 50 Tips Merangsang Anak Bijak (^,^)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan