Setiap ibu bapa pasti mengimpikan anak bijak,cerdas fizikal dan mental.sangat bertuah ibu bapa yang dianugerahkan anak yang tinggi IQ nya.bagaimana ingin tahu sekiranya anak anda tergolong dalam kategori bijak.Jom baca 10 Tanda Anak Anda Bijak;
1.Mampu menyimpan maklumat
Jika kanak-kanak biasa bagaikan ‘masuk telinga kiri, keluar telinga kanan’ apabila diajar. Anak anda boleh dikatakan bijak jika mereka mampu menyimpan maklumat dan boleh mengingatinya pada masa yang lain.Minda kanak-kanak umpama span yang akan menyerap segala apa yang dilihat dan diajarkan kepadanya. Disebabkan itulah kita digalakkan mengajar anak-anak sejak dari usia kecil. Melentur buluh, biarlah dari rebungnya.
2.Minat yang meluas
Minda anak yang cerdas
mungkin menunjukkan minatnya terhadap pelbagai topik di
sekelilingnya. Bulan ini mungkin dia minat Dinasour, bulan depan
pula angkasa lepas, bulan berikut pula topik yang lain dan
begitulah seterusnya.
3.Membaca dan menulis di awal usia
Anak anda boleh dikatakan
seorang yang bijak jika dia mampu membaca dan menulis di awal usia
biar pun tidak melalui pengajaran yang formal.
4.Berbakat dalam seni muzik dan artistik
Kanak-kanak yang boleh memaparkan
bakat luar biasa dalam muzik atau seni seringkali dianggap bijak.
5.Menunjukkan konsentrasi
Kanak-kanak biasa tidak
diketahui tahap konsentrasinya biar pun dalam tempoh panjang,
sebaliknya kanak-kanak yang bijak ini sentiasa
menunjukkan konsentrasinya terhadap sesuatu.
6.Mempunyai ingatan yang baik
Sama seperti tanda No 1, sesetengah
kanak-kanak boleh mengingati perkara-perkara yang mereka lakukan sewaktu mereka
masih kecil.
7.Susun kata yang maju berbanding usia
Kanak-kanak yang bijak
berbicara ketika kecil jika kita sering berbual
dengannya menggunakan ayat dan perbendaharaan kata sepertimana orang
dewasa, akan cepat menyerap dan memahami apa yang dibualkan orang
yang lebih dewasa.Misalnya anak-anak berusia
2 tahun akan berkata ‘Itu kucing’, sebaliknya anak-anak bijak ini akan
berkata ‘Itu Kucing yang garang yang suka membuat bising di rumah
kami’. Berbeza bukan?
8.Memberi perhatian yang terperinci
Kanak-kanak yang berbakat
ini dapat mengingati dan peka dengan keadaan di sekelilingnya.
Misalnya mampu untuk menyimpan barang permainannya di tempat ianya
diambil. Atau menyedari jika sesuatu barang kesukaannya itu berubah
kedudukan dan sebagainya.
9.Bertindak sebagai pengkritik dirinya
Kanak-kanak di usia kecil
tidak terlalu bimbang apa yang berlaku terhadap dirinya mahu pun
orang lain, asalkan dia dapat apa yang dimahukannya.
Sebaliknya kanak-kanak yang bijak akan bersikap berlawanan dan
mengambil berat apa yang berlaku terhadap orang lain, tetapi apa
yang lebih penting adalah dirinya.
10.Memahami konsep yang rumit
Kanak-kanak yang cerdas
berkemampuan untuk memahami sesuatu perkara yang rumit, melihat
hubung kait antaranya, dan berfikir secara abstrak.Mereka juga dapat memahaminya secara
mendalam dan berfikir tentang jalan penyelesaiannya.
Apa pun,setiap anak adalah istimewa walau apa pun keadaan diri mereka.terimalah dan jagalah amanah Allah ini sebaik-baiknya (^,^)
Apa pun,setiap anak adalah istimewa walau apa pun keadaan diri mereka.terimalah dan jagalah amanah Allah ini sebaik-baiknya (^,^)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan