Dalam
misi mencari ilmu pagi ni,terjumpa pula info mengenai ubat penahan sakit semasa bersalin
ni.ada tak mommies di luar sana pernah menggunakan salah satu dari kaedah ini
semasa bersalin? Mungkin ada yang pernah menggunakannya kan? Pada yang nak tahu
serba sedikit tentangnya,boleh baca ni.yang berpengalaman menggunakannya bolehla 'share' untuk perkongsian bersama..
1)Entonox
Entonox adalah ubat sedut yang popular dan dapat mengurangkan sakit bersalin dengan efektif sekiranya anda dapat mengunakannya dengan baik. Ia adalah campuran oksigen dan nitrous oxide dan diberikan dengan mengunakan plastik mask yang diletakkan pada muka. Caranya ialah dengan memegang mask tersebut dan cuba menyedut ubat tersebut sedalam mungkin ke paru-paru. Walaubagaimanapun, kelegaan terhadap sakit cuma sekejap dan ramai diantara pesakit tidak dapat mengunakannya dengan betul.
2)Ubat suntikan
Ubat yang biasa diberikan ialah pethedine dan selalunya diberikan melalui injeksi pada bahagian punggung. Ia diberikan 4-6 jam bergantung kepada tahap kesakitan pesakit. Ia tidak begitu efektif dan boleh memberi rasa mengantuk kepada ibu. Kesan sampingan yang lain ialah bayi yang lahir juga mungkin mengalami masalah pernafasan selepas sahaja lahir tetapi ia cuma untuk sementara waktu.
3)Epidural
Epidural adalah ubat penahan sakit yang paling efektif dan sangat popular buat masa sekarang. Satu catheter kecil akan dimasukan kedalam tulang belakang dan ubat akan diberikan secara berterusan sehinggalah anak anda dilahirkan. Anda mungkin tidak dapat merasa perasaan untuk meneran sebagaimana wanita lain tetapi ia tidak melambatkan proses bersalin.
*credit
Tiada ulasan:
Catat Ulasan