Isnin, 25 November 2013

Set Migrain Shaklee

Anda pernah mengalami MIGRAIN?

Migrain ialah sejenis penyakit kepala yang kronik.mangsa migrain selalunya tidak mampu menjalanakan tugas seharian,malah ada yang tidak boleh makan,minum dan hanya menghabiskan masa di bilik tidur.kira-kira 12% daripada golongan dewasa di negara ini menghidap migrain dan sebahagian besar daripada mangsa adalah wanita yang masih didatangi haid.

Antara tanda-tanda migrain:
-Rasa ngeri ditusuk dengan jarum pada sebelah kepala dan merebak ke bahagian hidung dan sekitar mata . 
-Kesakitan teramat sangat dan berdenyut2.
-Pandangan silau, kabur dan kadangkala menjadi gelap.
-Tekak berasa loya, muntah dan kadangkala tangan dan kaki menjadi sejuk.
-Pesakit akan menjadi sensitif pada sebarang bunyi dan suara .
-Serangan selalunya berakhir dalam tempoh 4-72 jam.
-Sesetengah pesakit akan mengalami pengumpulan cecair dalam badan seperti bengkak bengkak dan membesar di bahagian tertentu anggota badan

Migrain boleh berlaku akibat dari:

Jumaat, 15 November 2013

Ubat Penahan Sakit Semasa Bersalin

Dalam misi mencari ilmu pagi ni,terjumpa pula info mengenai ubat penahan sakit semasa bersalin ni.ada tak mommies di luar sana pernah menggunakan salah satu dari kaedah ini semasa bersalin? Mungkin ada yang pernah menggunakannya kan? Pada yang nak tahu serba sedikit tentangnya,boleh baca ni.yang berpengalaman menggunakannya bolehla 'share' untuk perkongsian bersama..

Ubat Penahan Sakit Semasa Bersalin


1)Entonox
Entonox adalah ubat sedut yang popular dan dapat mengurangkan sakit bersalin dengan efektif sekiranya anda dapat mengunakannya dengan baik. Ia adalah campuran oksigen dan nitrous oxide dan diberikan dengan mengunakan plastik mask yang diletakkan pada muka. Caranya ialah dengan memegang mask tersebut dan cuba menyedut ubat tersebut sedalam mungkin ke paru-paru. Walaubagaimanapun, kelegaan terhadap sakit cuma sekejap dan ramai diantara pesakit tidak dapat mengunakannya dengan betul.

2)Ubat suntikan
Ubat yang biasa diberikan ialah pethedine dan selalunya diberikan melalui injeksi pada bahagian punggung. Ia diberikan 4-6 jam bergantung kepada tahap kesakitan pesakit. Ia tidak begitu efektif dan boleh memberi rasa mengantuk kepada ibu. Kesan sampingan yang lain ialah bayi yang lahir juga mungkin mengalami masalah pernafasan selepas sahaja lahir tetapi ia cuma untuk sementara waktu.

3)Epidural
Epidural adalah ubat penahan sakit yang paling efektif dan sangat popular buat masa sekarang. Satu catheter kecil akan dimasukan kedalam tulang belakang dan ubat akan diberikan secara berterusan sehinggalah anak anda dilahirkan. Anda mungkin tidak dapat merasa perasaan untuk meneran sebagaimana wanita lain tetapi ia tidak melambatkan proses bersalin.


*credit

Ahad, 10 November 2013

Revitalizing Shampoo:Untuk Rambut Berkelemumur Dan Bermasalah

Dah bosan dengan masalah rambut gugur,berkelemumur dan bermasalah? Dah cuba shampoo jenama terkenal iklan kat TV tapi tak berkesan? Jom cuba Revitalizing Shampoo,salah satu produk penjagaan rambut Prosante,menampilkan Scalp Health Complex Shaklee yang eksklusif,satu formulasi klinikal,ramuan 10 vitamin,mineral dan herba.


Revitalizing Shampoo Untuk Rambut Berkelemumur Dan Bermasalah

Aha jangan tak tahu Shaklee pun ada produk eksklusif untuk rambut seperti shampoo,conditioner dan sebagainya,bukan hanya vitamin semata-mata.apa pun,banyak yang ‘TIADA’ dalam menghasilkan formula set penjagaan rambut Prosante ni.apa yang takde tu.jom cek..


Apa yang TIADA Dalam Prosante?
*tiada natrium lauryl sulfat(SLS)atau natrium laureth sulfat(SLES)
*tiada cocamide DEA atau lauramide DEA
*tiada minyak yang menyebabkan liang rambut tersumbat
*tiada propilen glikol
*tiada quaternium glikol
*tiada bahan pengawet ‘penderma formaldehyde’(seperti imidazolidinyl urea atau diazolidinyl urea)
*tiada warna atau bahan pengawet
*tidak mengeringkan,menanggalkan
*tidak menyebabkan folikel rambut tersumbat.

memang banyak yang 'tiada' kan? tiada bahan kimia atau pengawet yang berbahaya.sebab tula ianya wajib anda miliki di rumah untuk kegunaan sekeluarga!

=> Jom baca testimoni pengguna Revitalizing Shampoo ni..

Revitalizing Shampoo Untuk Rambut Berkelemumur Dan Bermasalah

Anda berminat? boleh segera PM/SMS kami untuk oder/info lanjut.harga biasa RM66.25(EM) RM70(WM).Harga kami? pastinya lagi ISTIMEWA.hubungi kami sekarang!

Nak tahu detail tentang Set Penjagaan Rambut Prosante boleh KLIK SINI


Untuk khidmat konsultasi percuma dan tempahan produk Shaklee sila sms saya di 0175501002

@ add saya di FB Sunita Hamid Biz untuk chat secara langsung mengenai produk.

Klik LIKE Fanpage saya Pesona Mama Manja untuk info terkini dan dapatkan harga istimewa dengan diskaun hebat

*Konsultasi percuma hanya untuk pelanggan Pesona Mama Manja sahaja

With Love,
Sunita Hamid
0194270990/0175501002
pesonamamamanja@gmail.com

*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuh @ mencegah sebarang jenis penyakit

Sabtu, 9 November 2013

Adakah Selamat Mencabut Gigi Sewaktu Hamil?

Adakah_Selamat_Mencabut_Gigi_Sewaktu_Hamil

Pastinya ada ibu hamil tertanya-tanya Adakah Selamat Mencabut Gigi Sewaktu Hamil?Kenyataannya, walaupun seorang wanita itu sedang hamil, mereka boleh menjalani rutin pemeriksaan berkala dan rawatan gigi, namun pastikan ia tidak membabitkan prosedur agresif.

Bakal ibu dinasihatkan supaya mengelakkan sebarang rawatan seperti cabutan membabitkan suntikan pelalian terutama pada tiga bulan terawal dan tiga bulan terakhir kehamilan.Trimester pertama dan ketiga adalah waktu penting kehamilan, yang mana janin sedang berkembang. Justeru, sebarang rawatan membabitkan suntikan yang terus masuk ke dalam darah perlu dielakkan begitu juga dengan pengambilan ubat antibiotik, tahan sakit serta  X-ray.

Bagaimanapun, jangan salah faham sehingga tidak bertemu doktor walaupun mengalami masalah gigi serius kerana mencuci plak atau tampalan boleh dilakukan seperti biasa. Malah, jika masalah gigi serius sehingga perlukan suntikan, dos rendah akan dikenakan.

Ketika hamil, gusi juga mudah bengkak dan mendapat jangkitan berpunca daripada perubahan hormon yang menyebabkan bertambahnya pengaliran darah di dalam badan.Kebiasaannya, ibu mengandung mengalami sedikit pendarahan pada gusi mereka dan ia biasanya berlaku ketika memberus atau melakukan flos di celah gigi.

Gusi bengkak atau gingivitis jika dibiar boleh menyebabkan penyakit gusi kronik atau pun dipanggil periodontal disease yang akhirnya menjejaskan bayi dalam kandungan. Kesannya, ibu mungkin bersalin awal atau bayi tidak cukup berat ketika lahir.Doktor juga tidak akan mengambil risiko membuat rawatan jika ibu hamil mengalami bengkak gusi kerana bimbang berlaku pendarahan yang banyak dan boleh memberi risiko kepada ibu.

Justeru ibu hamil dinasihatkan berjumpa doktor gigi jika mengalami sebarang ketidakselesaan terhadap gigi mereka sepanjang tempoh kehamilan.

Selain daripada masalah gusi, kerosakan gigi adalah masalah kedua sering dialami ibu hamil. Ia biasanya berlaku kerana mulut cenderung berasid dan air liur juga kering.Oleh sebab kebanyakan wanita hamil mengalami morning sickness dan ketika muntah, jus gastrik bersifat asid dari perut akan termasuk ke dalam mulut yang akhirnya boleh menghakis permukaan gigi.

Pakar pergigian memberitahu kaedah terbaik yang perlu dilakukan iaitu sentiasa amalkan berkumur dengan air kosong atau menggunakan ubat kumur bagi meneutralkan kembali mulut.Apa pun,yang sebaiknya ibu dinasihatkan menjalani rawatan rutin pergigian sebelum hamil atau sebelum merancang untuk hamil.

*Credit
------------------------------------------------------------------

Ibu-ibu mengalami masalah sakit gusi,gusi bengkak & berdarah sewaktu hamil? KLIK SINI untuk penyelesaiannya.

PesonaMamaManja

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...