Sabtu, 5 Oktober 2013

Apa Itu Gout?

Apa Itu Gout

Gout ialah salah satu penyakit sendi yang terjadi akibat dari asid uric yang berlebihan dalam badan.sejenis protein yang dinamakan purin yang menghasilkan bahan kumuh asid uric ini.secara normalnya,tubuh kita akan menyingkirkan asid uric melalui air kencing tetapi apabila ia berlebihan dan tidak dapat dibuang,ia akan terkumpul dalam sendi dan inilah yang menyebabkan terjadinya gout.

Apa Itu Gout

Gout akan menyebabkan rasa sakit yang ketara terutamanya di sendi ibu jari kaki yang membengkak dan merah.jika dibiarkan,ia boleh merebak ke sendi-sendi lain dan menyebabkan hakisan pada permukaan dalaman sendi.majoriti yang mengalami gout adalah lelaki yang berusia lingkungan 30-60 tahun.manakala wanita(sebelum putus haid) jarang mendapat penyakit ini.

Punca Terjadinya Gout
Buah pinggang adalah organ perkumuhan yang penting untuk menyingkirkan bahan-bahan yang tidak diperlukan oleh badan.jika buah pinggang tidak berada dalam tahap kesihatan yang baik,maka asid uric tidak dapat disingkirkan dengan optimum.antara punca buah pinggang tidak dapat berfungsi dengan sempurna:
-pengambilan protein berlebihan
-kekurangan vitamin tertentu yang diperlukan untuk proses perkumuhan
-pengambilan ubatan berunsur ‘drugs’ seperti aspirin,diuretics


Simptom Penyakit Gout


Apa Itu Gout

Ibu jari kaki menjadi bengkak kemerahan,panas,dan sakit yang ketara.bahagian yang diserang ini biasanya menjadi sangat sensitif hingga terkena angin pun boleh menyebabkan kesakitan.jika tidak segera dirawat ia akan berlarutan dan akan menyerang kembali selepas beberapa minggu atau bulan.gout juga boleh menyerang pada sendi-sendi lutut,pergelangan tangan,jari dan buku lali.

Makanan yang perlu dielak oleh pesakit Gout
-organ dalaman haiwan seperti hati,paru-paru,otak
-ikan bilis,ikan sardine
-daging merah
-makanan bercangkerang seperti ketam,udang,kerang
-sayuran seperti asparagus,bunga kobis,bayam
-cendawan
-Yis (roti putih,roti manis).

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat pada semua.

Shaklee juga ada vitamin yang sesuai untuk sakit Gout.nak tahu lebih lanjut boleh klik 
(Set Gout Shaklee)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PesonaMamaManja

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...