Berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW adalah ibadat agung dalam membuktikan kecintaan kepada kekasih Allah dan sekaligus menjadi faktor utama untuk memperoleh syafaat Nabi SAW di hari kiamat kelak.Allah SWT berfirman:
“sesungguhnya Allah dan para malaikatnya berselawat (memuji
dan berdoa) ke atas Nabi (Muhammad SAW).wahai orang-orang yang beriman
berselawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam penghormatan” (Surah
al-Ahzab : ayat 56)
Allah SWT pencipta alam yang Maha Agung serta malaikatNya
turut berselawat ke atas Nabi SAW.oleh itu,kita sebagai makhluk ciptaanNya yang
lagi lemah dan hina seharusnya lebih lagi berselawat ke atas kekasih Allah yang
mulia ini,Nabi Muhammad SAW.
Waktu Afdal Berselawat
Sebenarnya selawat
ke atas Nabi SAW boleh dilakukan bila-bila masa tanpa ada waktu yang
khusus.waktu bekerja,waktu santai,waktu memandu,sebelum tidur dan lain-lain. antara
waktu afdal berselawat :
-ketika mendengar orang menyebut nama Nabi SAW
-setiap
waktu pagi dan petang
-sepanjang
hari jumaat
-hari khamis
malam jumaat
-sesudah
menjawab azan dan sebelum membacakan doa azan
-selesai
berwuduk,sebelum membaca doa
-pada
permulaan,pertengahan dan penutup doa
-di dalam
solat jenazah
-ketika
masuk dan keluar masjid
-ketika
berada di mana-mana tempat perhimpunan orang ramai
Fadilat dan kelebihan
berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW
sangat
beruntung mereka yang selalu berselawat.antara kelebihan berselawat :
1)
Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan berselawat sebanyak 11
kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.
2) Amalkan selawat 100 kali sehari, insya Allah akan
dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.
3)
Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum.
Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.
4)
Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan
dihilangkan
kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.
5)
Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan
kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai
ilmu.
6)
Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam
Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh
para nabi.
7)
Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada
sifat tercela seperti hasad dengki, dan sebagainya dalam dirinya.
8)
Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, Insya Allah akan
beroleh kebahagiaan samada di dunia mahupun di akhirat.
9)
Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati,mudah memahami akan sesuatu
ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
10)
Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan
dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.
11)
Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup
dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadap kesukaran
hidup.
12)
Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan
memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.
13)
Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa,
dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.
14)
Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara
hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.
15)
Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut2, ia
bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.
16)
Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam
mimpinya
maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.
17)
Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan
pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka- sangka baginya.
18)
Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat
sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmatnya.
19)
Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa
hitungannya, insya Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya
yang lain.
20)
Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan
keresahan,
rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.
21)
Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang
baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.
22)
Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa
berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang
berterusan.
Begitu banyak kelebihan berselawat ke atas Rasulullah SAW.Jom sama-sama amalkan untuk keberkatan hidup di dunia dan akhirat (^,^)
Begitu banyak kelebihan berselawat ke atas Rasulullah SAW.Jom sama-sama amalkan untuk keberkatan hidup di dunia dan akhirat (^,^)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan