Ibu-ibu menyusu pasti ingin tahu nutrien yang perlu diambil ibu menyusu bagi memastikan kesihatan bayi dan ibu dalam keadaan baik,dan yang paling penting boleh membantu pengeluaran susu cukup untuk bayi sehingga berumur 2 tahun
1.Multivitamin
-menyediakan vitamin dan mineral penting untuk para ibu yang mana ianya tidak boleh diperolehi dari diet harian.kadar vitamin yang mencukupi membantu penghasilan susu yang banyak dan berkhasiat di samping menggalakkan kesihatan ibu dan bayi secara menyeluruh
2.Protein
-bayi memerlukan protein yang banyak untuk tumbesaran yang berkekalan dan sempurna.sumber protein yang baik seperti protein soya di dalam diet penyusuan anda amat penting untuk pengeluaran susu.protein membantu dalam membina dan mengekalkan sel-sel yang menghubungkan setiap bahagian tubuh.mereka disarankan untuk mengambil sekurang-kurangnya 3 hidangan protein berkhasiat sehari
3.Vitamin c
-dalam 1 kajian terhadap para ibu yang menyusui bayi dan mengambil vitamin c menunjukkan khasiat vitamin c tertumpu pada bayi.oleh itu,menyusu bayi secara eksklusif dapat melindungi bayi anda daripada kekurangan vitamin c.vitamin c penting bagi menguatkan system imun dan membina kulit,gigi dan gusi yang sihat
4.B-Complex
-merupakan vitamin yang diperlukan anda dan bayi setiap hari bagi menyokong system saraf dan metabolisme yang sihat.ia mempunyai pelbagai fungsi termasuk pengeluaran hormon,pembentukan sel-sel darah merah,penghasilan tenaga untuk sel,dan mengekalkan saraf dan kulit yang sihat
5.Kalsium
-40% daripada susu ibu adalah kalsium.ia diperlukan untuk membina tulang yang sihat dan pertumbuhan gigi pada bayi.wanita yang menyusui bayi disarankan mengambil sebanyak 1300mg kalsium setiap hari
6.Asid lemak Omega 3
-pengambilan asid lemak omega 3 dalam tempoh penyusuan susu ibu dapat menggalakkan perkembangan otak dan mata anak.ia telah dibuktikan secara saintifik bahawa neuron lebih mudah berhubung apabila kandungan omega 3 lebih banyak di dalam otak.oleh sebab itu,tidak ramai kanak-kanak yang diberi susu ibu mempunyai masalah fungsi otak seperti gangguan hiperaktif dan masalah autism
7.Alfalfa
-mengandungi banyak nutrient penting dan pelbagai vitamin seperti vitamin K, A, B1, B6, C, E, Kalsium, zinc dan zat besi.semua bahan-bahan tersebut penting untuk pertumbuhan dan perkembangan yang sihat.alfalfa juga digunakan secara tradisional untuk meningkatkan pengeluaran susu ibu
semoga perkongsian info nutrien yang perlu diambil ibu menyusu dapat memberi manfaat khususnya buat ibu-ibu menyusu.Happy Breastfeeding dari Pesona Mama Manja ♥
semoga perkongsian info nutrien yang perlu diambil ibu menyusu dapat memberi manfaat khususnya buat ibu-ibu menyusu.Happy Breastfeeding dari Pesona Mama Manja ♥
Tiada ulasan:
Catat Ulasan