Sabtu, 6 April 2013

Cara Sendawakan Bayi


Adalah penting untuk ibu mahupun bapa untuk mengetahui cara sendawakan bayi selepas menyusu untuk mengelakkan bayi tersedak susu. walaupun nampak remeh,namun ia tidak seharusnya dipandang ringan.ini kerana ia boleh membawa maut jika tidak disedari.sudah semestinya kita tidak ingin kehilangan insan tersayang kerana disebabkan kelalaian sendiri.

Di sini dikongsikan cara-cara sendawakan bayi


Cara Sendawakan Bayi

* Cuba tiarapkan bayi dengan meletakkan perutnya di atas lutut dan gosok belakangnya dengan lembut sambil menghayun atau mengenjut lutut secara perlahan-lahan.

* Cuba dakap bayi menggunakan sebelah tangan dan meletakkan kepalanya ke bahu dan tepuk belakangnya perlahan-lahan dengan sebelah tangan lagi.

*Cuba telentangkan bayi, angkat ke hadapan dan ke belakang seperti mengayuh basikal sehingga lututnya rapat ke perut.

*Cuba dudukkan bayi di atas pangkuan, angkat kepala bayi, rehatkan dagunya di atas lengan dan tepuk atau gosok belakangnya perlahan-lahan.

*Cuba pegang bayi dalam keadaan tertiarap di atas lengan dengan kepalanya di atas tapak tangan.

*Cuba letakkan bayi anda dengan mukanya menghadap riba anda dan gosokkan belakangnya.

*Cuba duduk tegak sambil memeluk bayi (over your shoulder). Pada posisi ini, dagu si kecil sebaiknya berada di bahu anda. Pegang kepalanya dengan satu tangan, sementara tangan lainnya menggosok bahagian belakangnya.

* Cuba pegang bayi dalam posisi duduk di pangkuan anda, di tengah-tengah paha (sitting on your lap). Letak sebelah tangan di belakangnya, dan satu lagi di antara perut dan dadanya. Pastikan bayi berada dalam posisi yang selesa. Setelah itu, usap dengan perlahan belakangnya sampai ia bersendawa.


Diharap perkongsian cara sendawakan bayi ini dapat memberi manfaat untuk semua terutamanya kepada para ibu bapa

*credit 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PesonaMamaManja

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...