Rabu, 24 April 2013

Bahaya Anemia Sewaktu Hamil

Bahaya Anemia Sewaktu Hamil

Anemia ialah suatu keadaan di mana kadar haemoglobin(hb) yang merupakan salah satu komponen darah,adalah rendah daripada paras normal.lazimnya ibu hamil berisiko untuk mendapat anemia.kali ini Pesona Mama Manja nak kongsikan tentang bahaya anemia sewaktu hamil.


Pertama sekali ibu-ibu mesti tahu,mengapa ia berlaku?

Ia berlaku kerana segala zat dan nutrisi yang diambil oleh ibu melalui makanan dikongsi bersama janin di dalam rahim.Sebab itulah ibu hamil memerlukan makanan tambahan atau suplemen untuk melengkapkan lagi nutrisi yang diperlukan.jika salah satu zat tak mencukupi terutamanya zat besi,maka ia akan menyebabkan ibu hamil mengalami anemia


Bahaya Anemia Sewaktu Hamil

Bagaimana nak kenalpasti gejala anemia?

Penghidap anemia selalunya akan mengalami simptom-simptom seperti dibawah:
-letih/lemah
-lesu
-pucat
-kurang fokus
-sakit/pening kepala
-pitam

Penyakit anemia pada ibu hamil tak seharusnya dibiarkan berlarutan.Jika dibiarkan ia akan membawa banyak kesan buruk dari saat kehamilan hingga ketika melahirkan.kesan anemia akan mengakibatkan:
*kerap sesak nafas
*kulit kelihatan kering@berwarna kuning
*daya tahan tubuh menurun menyebabkan sakit
*kekurangan oksigen dalam darah yang disalurkan ke otot rahim menyebabkan ia jadi lemah dan tidak mengalami kontraksi secara sempurna semasa kelahiran lalu menyebabkan pendarahan yang banyak
*risiko pendarahan mungkin berlaku walaupun selepas 40 hari kelahiran
*pertumbuhan janin dalam rahim mungkin lambat@berat badan bayi kurang semasa lahir(≤2.4kg)
*kemungkinan bayi akan gugur@lahir pramatang


Oleh itu pengambilan makanan yang mengandungi zat besi(iron)+ vitamin B yg mencukupi adalah penting bagi ibu hamil kerana ia perlu untuk pembentukan sel darah merah.Selain itu,bagi mengoptimumkan lagi penyerapan zat besi dalam tubuh perlu mengambil vitamin c yang juga penting untuk sistem pertahanan badan agar ibu sentiasa sihat sepanjang tempoh kehamilan.Pengambilan makanan/minuman seperti teh,susu,kopi perlu dielakkan kerana ia boleh mengganggu penyerapan zat-zat tersebut dalam tubuh.

Diharap perkongsian bahaya anemia sewaktu hamil dapat memberi manfaat khususnya untuk ibu mengandung

Untuk memastikan ibu hamil mendapat nutrisi dan zat yang secukupnya sewaktu hamil,sememangnya set hamil lengkap Shaklee adalah yang terbaik.untuk baca keterangan lanjut serta fungsi set hamil Shaklee boleh klik sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PesonaMamaManja

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...