Isnin, 26 Mei 2014

Bagaimana Mengenal Potensi Diri Yang Sebenar

Bagaimana Mengenal Potensi Diri Yang Sebenar

Setiap insan di dunia ini dilahirkan dengan kelebihan tersendiri.Allah tidak menciptakan manusia bodoh,melainkan ada keistimewaan tersendiri dalam setiap manusia yang perlu diteroka dan dikenali sedalam-dalamnya.oleh itu,jika kita rasakan diri kita tidak berguna kerana tidak berpelajaran tinggi,bernasib malang kerana selalu gagal,hidup susah kerana berpangkat rendah,maka ubahlah persepsi diri anda mulai hari ini.tidak semestinya kita tidak boleh berjaya,tidak boleh berimpian setinggi gunung hanya kerana kita tidak berpelajaran tinggi,datang dari keluarga susah dan sebagainya.

Bagaimana nak tahu potensi diri yang sebenar atau kelebihan yang ada pada diri?

Ambil masa,renunglah dalam diri,kenali dan terokai kelebihan diri,atau cari apa yang kita minat dan teruja untuk lakukan.jika kita rasa lemah dan tidak berdaya,itu bukan ertinya kita memang lemah dan sedia tidak berdaya,tetapi cuma kita belum mengenali dan menerokai kekuatan diri yang sebenar.atau kita telah menemuinya tetapi belum menggunakan secara maksimum.hakikatnya,setiap manusia sebenarnya adalah lebih kuat daripada apa yang dia sendiri jangkakan terhadap dirinya.

Kita perlu menggunakan seluruh "kelengkapan" yang berupa nikmat,bakat,ilmu dan kebijaksanaan yang diberikan Allah kepada kita secara optimum.kita mesti memperkembangkan kelengkapan itu sebaik-baiknya dan menggunakannya pula ke arah kebaikan dan juga untuk dapatkan manfaat besar dalam hidup.

Jom semua! kita cari,kita terokai,kita kenali apa keistimewaan,kekuatan,dan juga kelebihan yang ada dalam diri.kejutkan "naga besar" yang selama ni "tidur" dalam diri kita.. insyaAllah apa saja impian kita selepas ini bakal menjadi nyata (^,^)


Nak bina impian bersama Shaklee? nak percutian percuma? bonus kereta? bonus cash setiap bulan? memang tak mustahil,, jom klik sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PesonaMamaManja

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...