Sabtu, 14 Disember 2013

Apa Itu Resdung

Apa Itu Resdung

Resdung adalah perkataan yang digunakan untuk menggambarkan pelbagai penyakit hidung. Salah satu punca gejala resdung adalah akibat jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga disekelilingnya.Penyakit resdung juga dikenali sebagai 'sinusitis'.Dari sudut istilah perubatan tradisional, resdung merupakan kerengsangan hidung yang boleh menyebabkan hidung dan organ-organ lain menjadi gatal dan menimbulkan ketidakselesaan.Dari sudut istilah saintifik pula, resdung merupakan virus kanser yang hidup di bawah lapisan kulit. Ia mengalirkan darah kotor yang menjadi punca kepada kerosakan kulit muka. Virus ini turut mengalir bersama darah yang boleh menjadi punca kepada kerosakan organ-organ tertentu dalam badan.

Ramai yang memandang enteng penyakit resdung ini tapi sebenarnya ia boleh mendatangkan bahaya kepada penghidapnya. Untuk kanak-kanak, ia boleh menyebabkan jangkitan sellulitis dan merah pada bahagian mata. Akhirnya boleh menyebabkan buta. Manakala untuk orang  dewasa, ia boleh menyebabkan nanah daripada sinus frontal tidak dapat keluar daripada hidung dan akan masuk serta memenuhi ruang dalam otak. Ini akan menyebabkan dinding pemisah akan menjadi semakin tebal dan boleh mengakibatkan *sinus mudah tersumbat.

Gejala Resdung                                                            
- Hidung selalu tersumbat
- Lendir dari hidung dan tekak
- Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan diantara mata
- Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
- Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
- Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya

Jika berlarutan,resdung boleh mengakibatkan;
- Jangkitan nanah dikawasan sekeliling mata
- Jangkitan otak
- Sakit tekak yang kronik
- Jangkitan tulang muka
- keadaan lelah akan lebih teruk
- Berdengkur secara kronik
- Menyebabkan jangkitan telinga dan tonsil
- Alahan hidung
- Selsema biasa yang melarat

Anda ada gejala penyakit resdung seperti di atas? nak cara terbaik dan terbukti selamat untuk mengatasinya? jom klik Set Resdung Shaklee

                                                        
*Sinus merupakan rongga atau ruang udara yang berada di tulang muka. Rongga ini bersambung ke hidung melalui saluran yang sangat kecil. Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga ini setiap masa dan disalirkan kedalam hidung.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PesonaMamaManja

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...