Selasa, 16 April 2013

Persediaan Ibu Semasa Hari Bersalin


Persediaan Ibu Semasa Hari Bersalin

Pada mommies ‘to be’ yang dah dekat ‘due’ tu dah mula buat persiapan tak untuk bersalin nanti ye?.bagi mommies yang akan ‘deliver’anak kedua atau ketiga mesti tak menjadi masalah kan.tapi,bagi mommies yang bakal melahirkan anak pertama mesti tertanya-tanya apakah persiapan yang perlu dilakukan untuk dibawa ke hospital nanti.atas permintaan ramai di sini saya kongsikan serba sedikit senarai barang yang perlu sebagai persediaan ibu semasa hari bersalin..jom semak senarai ni..


Persediaan Untuk Bayi
1.Beg bayi
2.Selimut bayi – 2helai
3.Baju dan seluar,stoking dan sarung tangan - 3 pasang
4.Diapers Newborn/saiz S
5.Tuala– 1 helai
6.Tisu basah
7.Botol susu kecil,susu formula tin kecil (sebagai persediaan jika susu ibu lambat keluar,jadi boleh bagi susu formula dulu)
8.Minyak telon bayi

Persediaan Untuk Ibu
1.Beg pakaian
2.Dokumen-dokumen penting termasuk ‘buku merah’ (letak dalam satu beg kecil)
3.Tuala mandi – 1helai
4.Alatan mandi dan cuci (berus dan ubat gigi,sikat rambut,sabun mandi,syampu)
5.Kain batik – 3helai
6.Stokin– 2pasang
7.Tudung,pengikat rambut jika perlu
8.T-shirt– 3helai
9.Tuala wanita – 1 peket
10.Termos (selalunya kebanyakan hospital akan sediakan air panas)
11.Sedikit makanan (roti,biskut tawar,milo peket,susu tepung untuk ibu menyusu)
12.Minyak angin

Dah siap packing tu masukkan terus dalam kereta(usia kandungan masuk 7bulan ke atas dah boleh letak siap-siap dah..) atau kalau nak simpan kat rumah letakkan di tempat yang senang nak capai..bukan apa nanti kalau dah turun tanda atau dah sampai masa senang boleh ambil terus,tak payah nak fikir-fikir dah nak bawa apa lagi..kita pun takkan kalut nanti..maklumlah bila dah ‘emergency’tu,yang dah ready pun boleh jadi kelam kabut tau (pengalaman sendiri pun macam tu..hehe)

Diharapkan perkongsian persediaan ibu semasa hari bersalin ini dapat membantu terutamanya buat yang bakal bergelar ibu buat pertama kali tu.akhir kata dari saya,,

♥ Selamat Menjadi Ibu 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PesonaMamaManja

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...